saya adalah manusia melayu islam yang biasa ingin menjadi luar biasa...

Thursday, February 25, 2016

Eh dah nak grad jepun

Assalamualaikum kepada awak-awak yang bernasib baik ditemukan jodoh untuk bace blog ni, haha ye la.. blog ni ditulis bukan untuk disharekan ke laman sosial mcm fb ke twitter ke kan, hari ni 25 februari 2016 , jam menunjukkan pukul 10:05 malam waktu jepun post ini mula ditulis.

Seperti tajuk post ini, ye, sy dah nak grad pn. Tak sangka sudah 4 tahun berlalu. Last tulis blog ni masa cuti sem tahun 1, sekarang dah hujung tahun 4.. alhamdulillah atas segala nikmatNya. 2 minggu lepas baru saje selesai final year presentation, lancar je , part Q&A sangkut sikit, kena soal dengan sensei(pensyarah) yg terkenal sebab perangai pelik dia, even nihonjin(org jepun) sendiri pn susah nak jawab klau kene soal dgn sensei ni haha.. yang tinggal sekarang ni nak submit thesis je, dah siap sebenarnya, tapi baru je emeil sensei utk pembetulan, so bru unofficial submit la hahha

Bagi pelajar2 yang bakal grad ni , macam2 la perancangan nak meneruskan hidup sbg manusia ni. Ada yang nak keje jepun, gaji mahal negara lagi selamat katanye, ada juga yang nak sambung blajar lagi, malas keje katenye, dan lain lain kebiasaannye back for good la kn..

So, aku pn termasuk la dlam golongn yg nak pikir mende2 ni,sebenarnye masa awal2 masuk tahun 4,dapat recommendation dari universiti utk sambung master, dpt sbb dduk dlm ranking top 30 . tapi aku dah tolak sbb pilih utk keje dekat malaysia.Sebab lain lagi, aku dah malas nak belajar, pastu susah nk dapat skolar, dan dah penat menangung rindu dduk jauh dgn family. haha

Alhamdulillah dah dapat keje dekat melaka.Dapat keje dkt company jepun. Sebenarnye risau pn ada nak keje company ni, sbb ada dengar cerita2 negatif je dri company ni. ermm malas nk pikir, terima je la org nak bagi peluang keje.

Bila dah hujung2 ni , biasa perkara yang wajib berlaku iaitu Perpisahan sob sob. Bila kita tahu benda ni akan berlaku, setiap aktiviti rasa nak buat sama2.Nak lepak sama2,Nak makan sama2, hahaha tapi bukan semua orang rasa mende mcm ni. Orang2 yang sensitive mcm aku je kut. haha Kekadang aku terpikir antara sebab aku nak balik malaysia sbb aku tak rasa bahagia dduk dkt cni.Memang la seronok duduk negara orang,rasa 4 musim yang selalunye sejuk dapat main salji, tapi itu sume sekadar rasa seronok yang sementara dan tak bahagia pun. Apa makna rasa bahagia sebenarnye? Bagi aku, bahagia itu bila kita bersama dgn orang yang selalu ambil berat pasal kita dan melakukan ape2 sekalipun dgn kita.Jadi, Adakah punca aku tak bahagia dduk di sini sbb takde orang ambik berat pasal aku? errmm mungkin kut. arhh tetiba mcm emo plak aku ni.. Mungkin itula pengertian kawan, ada ketika senang, hilang ketika susah. Mungkin juga sbb aku gagal nak buat kawan baik. kawan yang sedia tadah telinga dgr luahan dan bagi nasihat balik. dengar saja pn tak guna juga kan. hahaha Mungkin juga sbb sikap aku yang kurang bercakap, nampak mcm tak friendly. Btw, kawan tetap kawan.Hampir setiap hari tgk muka kawan dan bila tiba waktu yang kita tahu kita takkan dapat lagi bertemu rasa sebak tu ada juga kan. Kenapa rasa sebak? Sebab dah sayang? sayang tak semestinya cinta, tapi cinta mestila sayang? macam tu ke haha
Sekali lagi aku terpikir, Apa beza sayang dgn cinta? ermm xtau la.. Bila umur dah nak masuk 24 tahun,nak masuk alam dewasa. macam-macam plak pikir bab perasaan ni.
Terima kasih juga kepada kawan2 skolah yang masih keep in touch via twitter,fb n instagram. Kehadiran korang sedikit sebanyak buat aku rasa dihargai.
Korang yang bljar dekat fukui uni, mesti tersengih2 baca post aku ni kan, terima kasih sebab menjadi watak2 penting dalam cerita acap. hehe

23hb mac akan konvo, alhamdulillah abah n mak boleh dtg nak raikan anak sulong dia ni grad. 27hb balik msia, 11 april lapur diri utk keje. rasa mcm sekejap sgt berehat, okay kut , skrang ni pun tgh rehat hahah .

Nanti dah balik malaysia, dah keje, kemungkinan besar akan muncul la soalan tentang kahwin. ermm calon tu ada je sorang, tapi calon je la, belum jodoh lagi, follow the flow katenye, ada jodoh ada la.. kalau xde, cari lain lol..

okay setakat ni je la coretan nak hilangkan boring dduk sorang2 dekat rumah ni


ringkasan thesis

tajuk thesis masa presentation