saya adalah manusia melayu islam yang biasa ingin menjadi luar biasa...

Thursday, December 29, 2011

keluar...

assalamualaikum... skang ni tgh cuti.. bry lpas final exam.. tp x brmakna xde klas.. haha.. kne wat oral n siapkn project work.. ad klas ckit2 lg kut... ermm... ni nk crita ckit la ttg tjuk post ni.. keluar.
agak2 ape korang pkir ble sebut kluar.. kluar mkan, kluar jalan,kluar mlancong, or kluar kelas??... hahaha.. mcm2 kluar kn.. ak nk crite kat cni.. ttg keluar ke jalan ALLAH.. mcm mne?ke mne? xpham kn...
ak mle2 dgr x pham gak.. mse mula2 msuk UM ni..di surau kolej 12 waktu maghrib.. lpas sbyg.. ad sorang plajar wat cam tazkirah....ak pn dgr, join la..
dlam tazkirah tu .. dye sebut lbih kurang mcm ni 'insyallah tuan2.. kite kluar ke jalan Allah.. bg name tuan2.. kite bri azam.. tuan2...'',,, ak first time dgr plik gak.. trtnya2.. eh, ni nk kluar ke mane ni? bg name plak tu?? mse tu ak snyap je la.. cme tgk je sglintir plajar yg angkat tgn, bg name... 
ak ignore je la.. huhu.. dlm 2,3 hari lpas tu...
'tuk.. tuk... tuk..     assalamualaikum.. ' tetiba je ad owg dtg bilik.. plik gak sape la dtg ni.. siap bg salam lg...
bkak je pintu.. rpenye senior ak dn kwan2 dye.. dye mintak nk msuk.. tujuan nk ziarah.. dlm hati  'bek nye.. buat ziarah2 ni...'
dlm ziarah dyeowng tu.. bkn duk borak2 kosong tau pasal study sgt.. tp pasal  kebesaran ALLAH S.W.T...
dyeowng ajak gak solat jemaah kat surau.. n  ajak kuar... skali lg trtnya2 kuar ke mne?? 
mse ni la dye cite lebih detail ape yg dimaksudkn dgn keluar tu...
lpas cite tu,, bru la ak blh agak.. ape sbnrnye semua ni.. dgn kata mudah yg sng difahami msyrakat hari.. 
ini la Tabligh(btul ke ejaan ni).....
bile sebut tablig ni.. ak rse sebilangan besar msyrakat pikir negatif kut...
yg pikir mcm tu msti skadar tgk je owg2 tablig ni kn.. tak ambik tahu aktiviti apa yg dilakukn oleh tablig ni..
ak mle2 pkir mcm tu gak... tp bile dh tgk n sertai skali aktiviti dyeowng ni.. sbnrnye.. bgus gak tuk owg zaman skang ni... mksd tablig adalah mengajak.. dyeowng ni sbnarnye nk ajak umat islam melakukn kebaikn spti.. mengamal sunah Rasulullah S.A.W..membca alquran.. mendengar hadis.. dn len2 lg..
cre dyeowng merancang aktiviti sgt la bek.. dyeowng akn mlantik sorang ketua dn berbincang dgn bek dlm kumplan tu...mmg sistematik...
berbalik ttg keluar tu.. dyeowng ajak kluar bermlam di mne2 surau yg ad rmai penduduk tempatan.. mcm kg ke.. kaw perumahan ke.. dan dyeowng ni akan menghidupkn suasana kat surau tu,, secara x langsung surau yg sblm ni sunyi jd hidup dgn kehadiran dyeowng,, insyaallah...
ak dh pernah kluar 1 hari setengah bersama geng2 n pensyarah ak di surau kat putrajaya.. mcm2 amaln sunnah Rasulullah tlh ak belajar...mcm2 hadis serta nasihat berguna dpt dgr... spnjang mse tu ak sedar kte kadang2 bnyak tahu, bnyak kli dgr ttg sunnah Rasulullah.. tp brape bnyak yyg kte amal kn.???
dgn cre keluar ni gak la.. sbnar nye melatih diri beramal dgn sunnah Rasulullah.. 
yg susahnye kne istiqamah je la... byak kli amal lame2 terbiasa gak kn... bak kate pepatah "alah bisa tegal biasa''.. tetiba mcm karangan BM plak... hehe..
tablig ni ad markas dye gak.. klau kat KL ni.. markas kat masjid Petaling.. ak prnah gak gi cni.. fuhh... ak rse kagum teruja... semua owg kat ctu majoriti pakai jubah putih... mcm2 bangsa ad.. ad owg india,owg bangla dn len2 ak x ngat la... ni klau kat Mekah, mesti lg hebat kn... ak prnah tnye pasal negeri len.. negeri len pn ad gak.. mngkin x aktif kut.. ataupn berlaku dlm senyap je.. sama la tu...
ak rse la... rata2 owg area selangor rmai tahu psal tablig ni dh biasa kut.. cme negeri len x tau la...
ermm....................................................................................
sampai sni je la kut nk crite..
apa2pn marilah kite sama2 memohon taufiq n hidayah kpd Allah supaya beri  petunjuk ke jalan yg lurus dn benar........... amin.... ;)




Saturday, December 10, 2011

Bercinta Bukan Bercouple

Bercinta Bukan Bercouple


Bismillahirrahmanirrahim.....
Cinta adalah fitrah manusia. Kata orang cinta datang tanpa dipaksa. Ia juga pergi tanpa dipinta. Jika benar begitu, bagaimana kita dapat mengawal cinta yang hadir dalam diri?boleh bce ni; apakah itu cinta. Ia adalah amanah dari Allah. Penjelasan yang panjang lebar boleh di baca di sini.
Ramai manusia percaya bahawa cinta itu adalah sebuah anugerah dan fitrah. Namun tidak ramai yang sanggup menerima bahawa cinta itu adalah amanah dari Allah. Allah sematkan dalam hati kita untuk mencintai seseorang. Dalam masa yang sama juga Allah telah menggariskan peraturan-peraturan yang sesuai dengan kehidupan kita sebagai hamba. Cinta yang direstui adalah melalui perkahwinan. Cinta yang tidak mengikut garis panduan Islam ialah dengan bercouple.
Cinta itu ialah rasa yang istimewa dalam hati. Bercouple pula ialah perbuatan menzahirkan kasih sayang antara wanita dengan lelaki yang bukan mahram dengan bermesej, berdua-duaan, berkasih sayang dan seumpamanya. Jika itu berlaku, ia bukan lagi cinta sejati, tetapi cinta yang telah dikotori hawa nafsu.
Apabila kita mencintai seseorang, kita tidak akan tergamak membawa dirinya ke kancah maksiat. Tidak sanggup membuatkan dirinya bergelumang dengan dosa. Sebagai seorang muslim, cinta kita tidak sama dengan cinta seorang non-muslim. Cinta kita di batasi syarak. Cinta mereka tiada batasan melainkan meluahkannya semata-mata. Oleh itu cinta kita perlukan pengorbanan, bukan sekadar merasai nikmat bercinta.
Apabila kita menyukai seseorang, kita dibenarkan untuk mengenalinya dengan ta’aruf. Samada lelaki atau perempuan, masing-masing boleh berkenalan. Boleh sms jika perlu untuk mengenali hati dan budi bicara masing-masing. Namun bukan bercouple. Selepas kita saling menyukai antara satu sama lain, teruskan ikatan dengan bertunang. Bertunang itu ringkas. Cukup sekadar lelaki bertanya dan wanita bersetuju untuk dijadikan sebagai isteri. Maka sahlah wanita dan lelaki itu sebagai pasangan tunang. Tidak perlu persetujuan ibu bapa, tidak perlu rombongan dan sebarang hantaran. Itu semua sekadar adat Melayu.
Bertunang itu penting kerana dalam tempoh itu, tiada lelaki lain boleh mengganggu atau merisik untuk mengenali pasangan kita. Dalam Islam memikat atau melamar tunang orang hukumnya adalah haram. Andainya semua umat Islam faham akan hal ini, maka tidak akan berlaku istilah rampas kekasih orang.
Jaga batasan-batasan pergaulan ketika bertunang. Jika mahu keluar bersama, bawa sekali seorang mahram seperti adik atau abang kepada perempuan itu. Membawa budak kecil bersama tidak dikira sebagai membawa mahram. Mahram yang dimaksudkan ialah seorang yang waras, boleh mengenalpasti hukum halal haram dan mempunyai kekuatan untuk menegur.
Setelah melalui tempoh bertunang, tentukan samada kita dengan si dia sesuai bersama atau tidak. Jika sesuai teruskan kepada perkahwinan. Jika tidak putuskan tali pertunangan itu dengan baik. Tiada istilah malu apabila berputus tunang. Islam sudah menganjurkan kepada kita bahawa semasa bertunang, usah dikhabarkan hal pertunangan kita itu pada orang ramai. Bertunang itu lebih baik dibuat secara diam-diam. Bukan dengan rombongan cik kiah yang masyarakat Melayu amalkan sekarang.
Sabda Nabi s.a.w: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Bertunang itu adalah ikatan pengenalan, bukan kepastian. Hubungannya boleh diteruskan dan boleh juga diputuskan. Jika ramai yang mengetahui dan ikatan itu putus maka akan membawa malu besar kepada diri sendiri dan keluarga. Jika tiada orang tahu maka perkara seumpama itu tidak akan berlaku. Aturan Islam itu sangat mudah dan indah. Cuma kita sahaja yang kurang memahaminya.
Penerangan di atas berlaku jika kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang. Bagaimanapun jika salah seorang tidak bersetuju, kita dibenarkan untuk terus berusaha memikat hatinya tetapi jangan melampau. Cukuplah sekadar 2-3 kali percubaan bertanya samada tanya sendiri kepadanya atau kepada orang tuanya, atau meminta bantuan orang ketiga untuk berbuat demikian. Jika berterusan ditolak, maka abaikanlah saja si dia. Itulah perngorbanan kita dalam bercinta.
Andai benar kita mencintainya, cukuplah sekadar melihat si dia bahagia dari terseksa mengikut kehendak hati kita. Mencintai seseorang tidak bermakna kita turut akan dicintainya. Mencintainya juga tidak menjamin bahawa kita akan memilikinya. Bahkan ramai pasangan suami isteri yang telah berkahwin atas dasar saling mencintai juga tidak dapat mengekalkan perkahwinan mereka sehingga akhir hayat kerana tiada kesefahaman. Perkahwinan mereka diakhiri dengan perceraian.
Oleh itu usahlah bersedih dan bermuram durja terlalu lama setelah cinta ditolak. Mulakanlah langkah untuk mencari cinta dengan insan lain. Pencarian itu biarlah kerana kita ingin berkahwin dengannya. Bukan sekadar bercouple dan berkasih-kasih semata-mata. Maksud ingin berkahwin yang saya nyatakan ini adalah seperti proses yang dinyatakan di atas. Taaruf, bertunang dan teruskan kepada perkahwinan. Jika belum bersedia untuk berkahwin, maka usahlah melibatkan diri dalam hal-hal percintaan seperti bercouple. Kerana ia hanya akan mengundang dosa dari menghampiri pahala.
Bercinta bukan bercouple…

HUDUD ~ Apa Jawapan Kita Kepada ALLAH?

HUDUD ~ Apa Jawapan Kita Kepada ALLAH?

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum Saudara WanWMA.

Saya ingin menanyakan sesuatu berkenaan HUDUD. Sejak akhir-akhir ini HUDUD sentiasa dibicarakan di media-media massa mahupun elektronik dan ini berkemungkinan disebabkan oleh mungkinnya pilihanraya umum yang semakin dekat. Seperti yang kita tahu Parti PAS yang dinaungi oleh Tun Guru Nik Aziz sentiasa melaungkan pelaksanaan Hukum HUDUD namun persoalannya adakah pelaksanaannya boleh dilaksanakan sekarang kerana pada hemat saya hukum Hudud ini banyak benda perlu dititikberatkan. Antaranya dari segi Ilmu,tahap keimanan, Sosio Ekonomi, Kebajikan dan sebagainya.

Untuk Huraian yang lebih jelas katakan lah Parti PAS ingin laksanakan HUDUD di negeri Kelantan, adakah rakyatnya telah cukup keimanannya dan ilmunya terhadap ajaran Islam yang sebenarnya, manakala dari segi sosio-ekonomi adakah kerajaan Kelantan dari segi ekonominya rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan damai sehingga tidak perlu rakyatnya mengemis, papa ataupun berhijrah ke ke negeri lain untuk mendapatkan sesuap nasi dan akhirnya dari segi kabajikan adakah kerjaan kelantan mempunyai dana yang cukup untuk memberi bantuan kepada rakyatnya yang dipotong tangan akibat mencuri kerana kemungkinan si pencuri tidak mampu lagi berdikari untuk mencari nafkah tambahan lagi sekiranya sudah bekeluarga kerana apa yang kita tahu dikalangan rakyat kelantan sendiri pun hidup susah. Justeru saya ingin mendapatkan pandangan daripada saudara WanWMA berkenaan isu ini?

Waalaikumussalam…

Terima kasih saya ucapkan kepada anda yang bertanya. InsyaAllah di sini saya akan terangkan secara panjang lebar tentang persoalan yang ditimbulkan. Bagaimanapun terlebih dahulu ingin saya nyatakan di sini bahawa saya tidak akan mengemukakan pendapat, pandangan atau cadangan. Sebaliknya saya hanya akan menghuraikan soal jawab mengikut hukum dan syariat Islam semata-mata.

Petikan dari Wikipedia:

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Hudud adalah hukum Allah yang sama kewajipannya ke atas umat Islam seperti solat, puasa, haji, nikah kahwin dan jual beli. Jika ditanya apa pandangan saya tentang hudud dan patutkah ia dilaksanakan, ia seolah-olah kita bertanya “Apakah pendapat anda tentang solat? Patutkah ia dilaksanakan? Adakah sudah cukup keimanan kita untuk menunaikan solat?”

Jika begini maka Allah sendiri telah mengajar kita untuk menjawabnya iaitu “Sami’na wa ato’na ~ Aku dengar dan aku patuh!”. Persoalan yang boleh ditimbulkan bukan “Patutkah hudud dilaksanakan?” tetapi “Bagaimanakah cara untuk melaksanakannya?

Islam itu terdiri dari 4 faktor:

  1. Ibadah
  2. Muamalat (ekonomi atau jual beli)
  3. Munakahat (perkahwinan dan perhubungan)
  4. Jinayat (perundangan) ~ Di sinilah terletaknya undang-undang hudud.

Jika kita hanya mengambil sebahagian daripadanya maka kita mungkin akan terkeluar dari Islam. Ini adalah perkara yang serius.

Ingin membicarakan soal hudud perlukan ilmu. Jika tiada ilmu, saya sendiri tidak berani mempersoalkan hukum Allah. Samada ia dilaksanakan atau tidak dilaksanakan, itu hak pihak berkuasa. Kita sebagai masyarakat apakah yang patut kita lakukan? Sebaiknya tanamkanlah ke dalam hati dan berdoa supaya hukum Allah berjaya ditegakkan tidak kira dalam keadaan apa sekalipun. Kerana suatu hari nanti kita akan mati dan akan dihisab. Apakah yang ingin kita jawab sekiranya kita adalah golongan yang mempersoalkan hukum Allah? Meskipun mungkin kita ada jawapannya namun mungkinkah jawapan itu bertepatan dengan kehendak Allah?

Oleh itu, lebih bijak jika kita memilih untuk berkata “Ya Allah, aku tidak layak untuk memastikan hukum Mu dilaksanakan di negaraku. Namun akulah antara orang yang ingin menegakkannya! Sesungguhnya aku dengar perintah-Mu dan aku patuh!”. Senadainya kita ingin mempersoalkan juga, maka jawapan kita hanya akan berpaksikan kepada keupayaan fikiran manusia semata-mata. Bukan kehendak hukum. Dan di bawah ini adalah antara jawapan yang diberikan oleh para artis.

Pandangan Artis

Kenyataan mereka telah menimbulkan banyak salah faham orang ramai dan turut menyebabkan kemarahan golongan yang selayaknya memberikan hujah. Disebabkan itu Wardina selaku artis memberi teguran:

Nak minta para rakan artis untuk tidak komen perkara yang kita TIADA ilmu seperti Hukum Hudud. Para wartawan juga tidak seharusnya menyoal. ~ Wardina Safiyyah OfficialPage

Mereka ini bukanlah berniat untuk menentang atau memburukkan hudud. Namun tidak berguna bercakap-cakap perkara yang kita tidak ketahui. Hudud bukanlah hukum yang boleh dijadikan bahan bicara berdasarkan pendapat semata-mata. Tersilap cakap, boleh rosak akidah dan terkeluar dari Islam. Untuk keterangan lanjut ikuti video ini:

Kenyataan Pemimpin

Kita akan mengikut pemimpin kita di akhirat kelak. Justeru itu, pilihlah pemimpin yang mempertahankan hukum Allah. Bukan pemimpin yang memandai-mandai dalam hal agama. Akidah dalam hati kita hanya kita dan Allah yang tahu. Janganlah sesekali kita mempertikaikan hukum-Nya. Biarlah mereka yang pandai dan bijak itu jawab sendiri hukum yang mereka cipta di hadapan Allah, jangan sampai kita tertanggung sama memikul beban untuk menjawabnya.

Pandangan Golongan Ustaz:

Ustaz Zaharuddin:

Ustaz Fathul Bari:

Dr. Mohd Asri:

Ustaz Azhar Idrus:

Terdapat banyak lagi keterangan yang mungkin berbeza-beza dari kalangan ustaz-ustaz yang berpengaruh seperti mereka di Malaysia. Saya hanya senaraikan sebahagian daripadanya. Setelah anda menghayati kesemua video-video di atas anda sendiri berkemungkinan akan pening dan tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah.

Nasihat saya, ikutlah saja apa yang telah jelas Allah perintahkan. Bagi mereka yang berilmu, pandai berhujah dan memberi pendapat, biarkan mereka kerana mereka bercakap dengan ilmu. Mereka tahu dan faham apa yang mereka perkatakan, sekiranya Allah mempersoalkan mereka di akhirat kelak, maka dapatlah mereka menjawab dengan ilmu yang ada. Sebaliknya kita jadilah orang yang patuh dan berpihak kepada orang yang ingin menegakkan hukum Allah. InsyaAllah lebih mudah untuk kita menjawab soalan di akhirat kelak.

Kejamkah Hudud?

Sebelum ini kita didedahkan dengan gambar hukuman hudud yang dijalankan di Somalia. Lihat gambar di bawah:

Gambar ini dipetik dari akhbar KOSMO. Hukuman seumpama ini dilihat seolah-olah kejam. Namun kita perlu faham bahawa terdapat beberapa perkara yang tidak betul dalam hukuman di atas. Ia tidak mengikut syariat Islam. Antaranya, tidak membalut keseluruhan badan pesalah yang hendak direjam, menggunakan batu yang besar (sepatutnya kecil) dan beberapa kesalahan lain.

Hukum hudud perlu dilaksanakan mengikut peraturan yang betul. Bukan dijalankan secara rambang seperti gambaran di atas. Mari bandingkan sejauh mana kejamnya hudud berbanding hukuman cara civil yang digunakan sekarang melalui gambar di bawah:

Dari gambar ini anda boleh nilaikan sendiri sebenarnya hukuman mana yang lebih kejam. Selain dari itu cuba kita bayangkan sendiri apa yang berlaku sekarang dengan hukuman yang diperintahkan dalam Islam. Disebabkan tidak terlaksananya hudud, kes perzinaan berlaku di merata tempat. Bunuh, rogol, buang anak, bunuh bayi yang baru dilahirkan dan pelbagai lagi kes jenayah yang membabitkan nyawa manusia terus meningkat. Ketika saya menulis artikel ini, keluar berita dari myMetro tentang seorang bapa yang meliwat anak lelakinya yang berusia 23 hari. Sebelum ini seorang bayi dibuang dari tingkat 2 dan pelbagai kes pembunuhan kejam berlaku. Selagi kita menganggap hukum Allah itu kejam maka percayalah akan lahir lebih ramai manusia-manusia kejam seperti ini.

Adakah Dengan Hudud Kita Boleh Membasmi Masalah Jenayah?

Samada hudud boleh menyelesaikan masalah jenayah atau tidak itu bukan hak kita untuk menentukannya. Yang Allah suruh kita buat ialah jalankan perundangan Islam, tentang keberkesanannya itu biarlah Allah sendiri yang menentukannya. Lagipun selama ini adakah undang-undang civil mampu mengatasi masalah jenayah? Sudah tentu tidak. Semuanya adalah atas kekuasaan Allah. Dan kita perlu percaya pada-Nya.

Kalau Tangan Dipotong Bagaimana Seseorang Itu Mahu Mencari Rezeki?

Selama ini yang memberi rezeki adalah Allah, bukan tangan. Kita perlu faham bahawa seluruh dunia dan setiap anggota badan kita ini adalah milik Allah. Ia hanyalah sekadar pinjaman. Apabila kita menyalahgunakan tangan yang dipinjamkan ini dengan mencuri, maka Allah memerintahkan supaya tangan itu dipotong. Maka apakah kelayakan kita untuk mempersoalkan hak pemilik tangan tersebut?

Ramai yang berkata tanpa tangan manusia tidak dapat mencari rezeki. Cuba jawab 2 soalan ini:

  1. Apakah rezeki yang dapat kita cari jika harta kita asyik dicuri oleh mereka yang ada tangan tetapi menyalahgunakannya?
  2. Jika dibandingkan manusia yang mempunyai tangan dengan golongan kurang upaya yang tidak memiliki tangan, golongan manakah yang sebenarnya lebih ramai miskin dan papa kedana?

Rasulullah & Sahabat Pernah Mengugurkan Hukum Potong Tangan Ketika Perang & Ketika Musim Kemarau, Ini Menandakan Hukum Hudud Tidak Sesuai Dijalankan Dalam Sesuatu Keadaan!

Ya, jika benar sekali pun Rasulullah pernah menggugurkan hukum hudud dalam sesuatu keadaan, tetapi Rasulullah tidak pernah menolak hukum hudud dan meletakkan undang-undang manusia sebagai pegangan. Persoalannya sekarang ialah kita sedang menggunakan undang-undang yang dihasilkan oleh manusia dan ia dicipta oleh orang kafir. Dalam masa yang sama juga kita menolak hukum hudud secara total kerana dirasakan tidak sesuai.

Seandainya hukum rejam atau potong tangan dikatakan tidak sesuai dilaksanakan ketika ini, kenapa tidak ditukar saja hukum sebat kepada cara Islam yang lebih adil dan berperikemanusiaan? Persoalannya di sini bukan sesuai atau tidak, tetapi bagaimana pelaksanaan hudud itu akan dijalankan dalam krisis ekonomi yang tidak menentu dan dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama. Hudud itu merangkumi pelbagai aspek undang-undang. Bukan setakat potong tangan atau rejam semata-mata.

Letakkan dahulu undang-undang Islam itu sebagai undang-undang yang digunapakai dalam negara, bagaimana pelaksanaannya itu akan diperincikan oleh pihak yang bertanggungjawab. Jika kita menolak terus 100% hukum hudud yang ditetapkan oleh Allah, apa kita mahu jawab di hadapan Allah kelak?

Masyarakat Kita Berbilang Kaum Dan Agama, Mana Boleh Buat Hudud!

Ketika Rasulullah dan para sahabat memerintah, mereka juga hidup dikalangan umat yang berbilang kaum dan agama. Siapa pula meletakkan hukum bahawa dalam masyarakat berbilang kaum dan agama tidak boleh laksanakan hudud? Berlainanlah jika Islam adalah golongan minoriti dan kita akan menghadapi tentangan hebat dari kaum atau agama lain disebabkan melaksanakan hudud. Realitinya sekarang orang Islam di Malaysia adalah golongan majoriti.

Di bawah ini ada video yang menerangkan tentang hukuman hudud kepada golongan bukan Islam.

Jangan Jadi Seperti Ini:

Wanita ini dengan beraninya mempertikaikan hukum hudud. Anda boleh membaca kenyataan beliau di sini: Thestar

Zainah Anwar ini adalah salah seorang dari SIS iaitu Sister In Islam. Ini pula kenyataan yang dikeluarkan oleh SIS:

Kenyataan Zainah Anwar adalah menolak hukum hudud secara total kerana kita ini adalah orang Malaysia. Mungkin Zainah menyangka bahawa ketika Allah membuat hukum hudud seuatu ketika dulu, Allah tidak tahu bahawa sebuah negara majmuk bernama Malaysia akan muncul dalam dunia ini. Manakala Pengarah Eksekutif SIS pula berkata hukum hudud adalah kejam dan keras. Ia juga tidak akan membawa keadilan kepada kaum wanita. Kenyataan ini menunjukkan bahawa mereka tidak bersetuju dengan pendapat Allah, tidak setuju dengan penetapan Allah dan menyatakan secara terbuka bahawa hukum Allah itu kejam dan keras.

Maka anda fikirkanlah sendiri apakah jawapan yang mereka akan berikan kepada Allah apabila disoal di akhirat kelak. Hanya satu persoalan terakhir yang ingin saya tanya untuk sama-sama kita fikirkan.

Hakikatnya, kita sebenarnya tidak percaya hudud dapat menyelesaikan masalah jenayah atau membawa kemakmuran dalam negara atau kita tidak percaya kepada Allah? Fikir dan renung-renungkanlah…

Tiada seorang pun sebenarnya yang harus takut dengan hudud kerana hukuman hudud hanya dikenakan kepada penjenayah. Meskipun bukan hudud, selama ini penjenayah juga dihukum secara kejam oleh hukuman cara civil. Jadi tiada alasan pun seorang muslim perlu menolak dan ragu dengan hudud.

Demi Allah, Aku Tidak Akan Menyentuhmu…

Demi Allah, Aku Tidak Akan Menyentuhmu…

Demi Allah, Aku Tidak Akan Menyentuhmu…

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sebuah komik yang mengisahkan kemuliaan hati seorang lelaki muslim yang cintakan Allah. Komik ini diadaptasi dari kisah benar yang..

A student was once studying in Delhi. The night had already set in, as he sat alone in the mosque. Studying by the lamp’s flame.

In the same locality a young lady was on her way to visit some relatives. However, a riot broke out and the street were not longer safe..

The young lady could find no place of refuge except this very mosque.

When the student saw her, he ordered her to leave immediately.

He told her ”it is not appropriate for you to remain here because if the local people see you here then this will be a cause for my disgrace,they will remove me from the masjid and this will cause harm to my studies. A riot has broken out in the locality and if I leave the masjid I fear that I whould be dishonored.

Upon hearing these words, the student kept quiet and asked her to sit in one corner. Thereafter the student returned to his corner and engaged himself in studying the whole night.

While studying he whould momentarily place his finger-tip on the flame of his lamp.

The young lady had been carefully observing this.

Slowly the night has brunt away. At the break of dawn, the student told the young lady. ”The riot has subsided and the road is safe. Let me take you to your home.” The young lady said. ”I will not return home until you reveal to me, the secret for repeatedly placing your finger tip on the flame of your lamp.” The student said, ”You should not concern yourself with that.”

Nevertheles, the young lady persisted in her request . The student finally said, ”The devil repeatedly whispered into my heart and encouragedme to do evil with you. Hence I placed my finger tip on the flame and addressed myself thus:

‘When you cannot bear the heat of the fire of this world, then how will you ever bear the painful fire of jahannum?.. Allah, though His Grace protected me. Hearing this, the young lady returned home.

She was the daughter of a weathly person and she was about to be engaged to the son of another weathly person.

After this incident she refused the proposal and said: ”I desire to marry a certain student who lives in such and such a masjid.” Her parents and relatives started to convince her and many began entertaining bad thoughts about her. When she observed this, she explained to them the entire incident..and said ”I will only marry him because he has the fear of Allah in this heart. And whoever fear Allah cannot harm to anyone.”

Finally , they were wed and Allah made them prosper.. 15) People marry for Four reasons, Beauty, Weath..

Social status,and virtue Marry for virtue that you may be successful -Hadeeth- What will be your reason?

Komik ini dipetik dari blog Serikandi Sang Pencinta.

Dilukis oleh Nurel Yana Maurad dengan tajuk The Pious Student.

Ini adalah kisah benar yang ditulis oleh Maulana Siddiue Ahmed Sahed Mudda Zilluhu. Boleh di dapati di dalam bukunya ”Adaa’bul Muta’allimeen”.